Want your
own Fotopage?








 
Samad's FotoPage

By: Samad Nasir

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Saturday, 13-Feb-2010 19:08 Email | Share | | Bookmark
Snowing

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 36 photos...
Tahun ini snow turun dengan lebatnya... masa turun tu... memanglah seronok.. tapi bila dah berhenti, masalah pulak yang datang... kereta tak boleh nak keluar, tak boleh nak jalan sebab snow tebal dan jalan licin. Nak keluarkan kereta pulak tu kenalah sodok semua snow-snow yang dah bertimbun di depan dan belakang rumah.

Apapun ianya satu pengalaman yang menarik... bukannya senang nak dapat melihat snow setebal 3 - 4 kaki. Apapun yang paling seronok adalah anak-anak yang dapat bermain dengan snow dan sekolah pun terpaksa ditutup untuk jangkamasa lebih kurang seminggu lamanya.

Lihat gambar-gambar semasa snow pada tahun ini untuk tatapan semua..
















































sejuk tu...masa ni berapa suhu dia Sun 14-Feb-2010 04:05
Posted by:dzaher  - [Link]
Masa ni suhu lebih kurang -9 Celcius.. seronok masa salji turun tapi lepas tu kena siap sedia utk bersihkan... apapun ianya adalah pengalaman yang menarik Mon 15-Feb-2010 19:53
Posted by:unnamed
huh - sejuk tu............. Tue 16-Feb-2010 04:30
Posted by:sitihawa  - [Link]
Add comment


Sunday, 25-Oct-2009 12:30 Email | Share | | Bookmark
Great Falls Park

 
 
 
 
 
 
View all 15 photos...
Dah masuk petengahan musim luruh, hari ini kami sekeluarga pergi ke Great Falls Park yang terletak tak berapa jauh daripada rumah... sempatlah juga ambl beberapa keping gambar untuk kenang kenangan. Sebelah petangnya pula ambil lagi beberapa keping gambar di taman yang terletak di belakang rumah...




















huuuuuuuh senanglah macam tu......... taman kat belakang rumah je........ Tue 27-Oct-2009 12:13
Posted by:sitihawamohamad@yahoo.com  - [Link]
Memang senang tapi jenuh jugak dok menyapu daun bila sampai musim luruh... apapun terima kasih kerana masih sudi menjenguk fp ni... Sat 31-Oct-2009 06:18
Posted by:unnamed
Add comment


Sunday, 20-Sep-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Hari Raya Aidil Fitri

 
 
 
View all 11 photos...

Tahun ini merupakan tahun kedua kami sekeluarga merayakan Aidil Fitri di perantuan.. seperti biasa di pagi raya... selepas bersiap.. kami semua akan pergi ke Kedutaan untuk menunaikan sembayang sunat hari raya diikuti dengan jamuan. Selesai sahaja jamuan.. kami semua akan bertandang dari rumah ke rumah yang menganjurkan rumah terbuka.... walaupun tidak sama dengan di Malaysia.. suasana sambutan tetap meriah..














selamat hari raya aidil fitri- berapa tahun lagi
kena beraya di perantauan tu....................
walau apapun suasana tetap meriahkan..........
Tue 13-Oct-2009 22:51
Posted by:sitihawamohamad@yahoo.com  - [Link]
Selamat Hari Raya juga... tahun ni dah masuk kali kedua... apapun suasana tetap meriah.. Sat 31-Oct-2009 06:22
Posted by:Samadwdc
Add comment


Tuesday, 8-Sep-2009 08:30 Email | Share | | Bookmark
Hari Pertama Persekolahan Sesi 2009 -2010

 
 
 
View all 10 photos...
Hari ini adalah hari pertama sesi persekolah bagi tahun 2009 - 2010.. dan tahun ini juga adalah permulaan sekolah yag pertama bagi anak yang ketiga...Ahmad Amir... nampaknya semuanya berjalan dengan lancar... mulai dengan menaiki bas hinggalah masuk ke dalam kelas....ok.. tambahan pula kedua-dua kakak pun ada sekali...














Add comment


Sunday, 23-Aug-2009 20:30 Email | Share | | Bookmark
Menghoskan Sembahyang Terawih

 
 
 
View all 5 photos...
Pada malam ketiga Ramadhan tahun ini... sebagaimana tahun sebelumnya.. kami sekeluarga telah menghoskan majlis sembahyang sunat tarawikh dan moreh sebaik sahaja tamat... ramai yang hadir hinggakan agak sesak juga rumah... apapun memang berbaloi dengan penat lelah setelah seharian menyediakan juadah untuk moreh... menunya pun simple je... Soto dan dengan tambahan beberapa juadah yang dibawa oleh rakan-rakan secara pot luck..





jadi hos merangkap jadi Pak Iman ke..............
he he
Tue 13-Oct-2009 22:55
Posted by:sitihawamohamad@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Saturday, 8-Aug-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Melawat Lancaster, PA

 
 
 
View all 12 photos...
Minggu ni... kami dua keluarga... menghabiskan cuti hujung minggu ke Lancaster, Pennslyvania..
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah... sempat juga berjalan-jalan di sekitar perkampungan Amish.. dan juga bermain bowling bersama-sama dengan orang-orang Amish.. walaupun penat... berbaloi juga sebab selain daripada berjalan-jalan.. dapat juga memberi pendedahan pada anak-anak..












Add comment


Tuesday, 28-Jul-2009 15:00 Email | Share | | Bookmark
Melawat US Botanic Garden

 
 
 
View all 30 photos...
Dah masuk pertengahan musim summer ni bawa le keluarga jalan2 sekitar Washington DC... lepas je melawat sekitar Capitol Hill (CH) ... terus je bertandang ke United States Botanic Garden yg hanya terletak bersebelahan dengan CH... habis je terus pergi ke White House (WH)... memandangkan hari dah senja... habis melawat WH terus je balik ke rumah.. anak2 pun dah keletihan setelah sepetang berjalan2..




































bestlah you all dapat jenjalan
tq share pic ngan kita orang
Fri 31-Jul-2009 03:45
Posted by:Sitihawa  - [Link]
t/kasih kerana sudi "menjenguk" FP saya... Sun 2-Aug-2009 21:50
Posted by:Samad Nasir  - [Link]
Add comment


Saturday, 4-Jul-2009 18:30 Email | Share | | Bookmark
Pertunjukan Bunga Api Sempena Independence Day

 
 
 
View all 18 photos...
Setiap 4 Julai.. rakyat Amerika merayakan hari ulangtahun Independence Day... banyak acara dan pertunjukan yang dianjurkan... salah satu daripadanya adalah pertunjukan bunga api... memandangkan lokasi pertunjukan terletak tidak jauh dari rumah... pergilah juga utk try lens yang baru dibeli dan ambil beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan..
























Add comment


Sunday, 14-Jun-2009 17:00 Email | Share | | Bookmark
Melawat Niagara Falls

 
 
 
View all 48 photos...
Weekend ni aku sekeluarga pergi melawat Niagara Falls.. turut sama dalam lawatan ini adalah Kol Othman sekelurga dan juga kakak serta adik iparnya.

Kak Mie dengan 2 org anak lelakinya (Kasyaf & Shafiq) serta Lt Kol Amilia juga turut sama dalam lawatan ini.

Wan Nazaruddin serta keluarga juga turut serta.. tapi dia drive drp New York dan menunggu kami di Niagara Falls.

12 Jun jam 10 pagi kami berlepas drp rumah dan tiba pada jam 6 ptg... balik pula pada 14 Jun.. awal2 pagi lagi dah bertolak... singgah di Lancaster and jam 5.30 ptg baru sampai rumah... malam tu juga hantar Lt Kol Amilia ke Airport sebab dia nak bertolak balik ke Malaysia setelah tamat kursus di Washington DC.

Apapun memang berbaloi bila dah tiba di sana...dengan pemandangan dan fenomena yang cukup menarik.. memang tak rugi kalau bertandang lagi ke sini...


























dapat tengok gambar jadilah bro- huu huu Thu 25-Jun-2009 14:03
Posted by:siti Hawa  - [Link]
wow..dasat..niagara falls diselubungi cahaya..
re:thanks for the comment..jarang ada orang puji..hehehe
re:ajar editing? saya cuma guna basic editing software yang dtg package dgn camera tu..yang penting mcm mana kita compose masa shoot tu..
kalau nak masukkan lagu, saya tak pandai..cuba lihat pada forum kat fotopages ni..kat situ ada tunjuk caranya..
ada pertanyaan..abangni army officer ker?? wow..
Sat 27-Jun-2009 16:09
Posted by:mshafie  - [Link]
betullah..dekat dengan Rengit.. Sun 12-Jul-2009 03:11
Posted by:mshafie  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Sunday, 7-Jun-2009 19:30 Email | Share | | Bookmark
Farewell Dinner

 
 
 
View all 17 photos...
Pada malam ini team defense menganjurkan majlis makan malam/Farewell Dinner sempena dengan tamatnya kursus pegawai-pegawai kanan ATM di USA.. antara yang diraikan adalah BG Dato' Suhaimi - Army War College, Carlisle, PA, LTC Afandi & LTC Amelia di National Defence University, Washington DC.. turut serta adalah seorang pegawai yang sedang berkursus di UK yg juga sedang mengadakan lawatan di Washington DC...












Add comment


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com